Statistik jenayah

Statistik jenayah cuba untuk memberikan ukuran statistik bagi jenayah dalam masyarakat. Disebabkan jenayah lazimnya dilakukan secara rahsia, ukurannya kemungkinannya tidak tepat.

Beberapa kaedah bagi mengukur jenayah wujud, termasuk banci isi rumah, rekod hospital dan insuran dan kompilasi oleh polis dan anggota penguat kuasa yang seumpama dengannya. Biasanya statistik jenayah adalah dari rekod rasmi, tetapi sesetengah jenayah kemungkinannya tidak dilaporkan kepada polis. Bancian umum kadang-kala dilakukan bagi menganggar jumlah jenayah yang tidak dilaporkan kepada pihak polis. Bancian sedemikian biasanya lebih tepat bagi menilai trend semasa. Bancian umum jarang menyelitupi semua jenayah, jarang menghasilkan statustik berguna bagi menghalang jenayah, sering kali mengabai jenayah terhadap kanak-kanak, dan tidak mengira pesalah yang dihadapkan ke sistem mahkamah.



© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search